| |
Pandangan positif Pengarah FELDA,Datuk Khamis Md.Som yang
sudi menerima kunjungan hormat pegawai-pegawai PKPKM telah
memberi kesempatan kepada PKPKM untuk menerangkan hasrat
dan peranan PKPKM untuk sama-sama memajukan para peneroka
FELDA yang mana 90% adalah terdiri daripada ahli-ahli PKPKM.
Menurut
Yang Di Pertua PKPKM, Datuk Mazlan Haji Jamaluddin, PKPKM
bukanlah sebuah badan pengacau kepada kepada pembangunan
para peneroka FELDA tetapi adalah sebuah badan NGO berdaftar
yang telah diiktiraf oleh Kerajaan yang berperanan menjadi
jambatan penghubung di antara pekebun-pekebun kecil dengan
kementerian dan agensi-agensi kerajaan. PKPKM juga berperanan
sebagai mata, telinga dan suara kepada Kerajaan dan pekebun-pekebun
kecil.
Dalam Hasrat ini, PKPKM bersedia untuk membantu mengisi
mana-mana ruang kosong yang bolah dilakukan oleh PKPKM dalam
membantu agensi-agensi kerajaan seperti FELDA dalam melaksanakan
dasar-dasar kerajaan. Bagi merealisasikan hasrat ini PKPKM
mencadangkan supaya ditubuhkan sebuah Jawatankuasa Interaktif
di antara PKPKM dan FELDA. Melalui jawatankuasa ini, pegawai-pegawai
PKPKM dan FELDA bolah bertemu untuk mengadakan musyawarah
membincangkan masalah-masalah semasa para peneroka FELDA. |
|